assalamualaikum....
ak ad nk kongsi sedikit cite tentang hadis-hadis terakhir Nabi s.a.w. banyak memaparkan perihal
keperihatinan dan kerunsingan baginda terhadap situasi umat Islam pada akhir
zaman. Sebab itulah ungkapan ‘umatku” diulang-ulang dan merupakan lafaz kata
terakhir Nabi s.a.w. yang didengari isteri baginda Saidatina Aisyah r.a.
sebelum diwafatkan oleh Allah.
Demikianlah kuatnya kasih dan sayang Nabi s.a.w. terhadap
umat baginda sehinggakan pada saat-saat akhir hayat terus resah memikirkan
nasib umat. Antara yang paling dibimbangi Rasulullah s.a.w. sebagaimana
diungkapkan dalam banyak hadis ialah senario perpecahan di kalangan umat Islam
yang diakibatkan oleh pelbagai aliran pemikiran dan pertentangan pendapat.
Walaupun hakikatnya Islam tidak pernah menolak kepelbagaian
pendapat, namun perselisihan yang menimbulkan pertentangan tajam sehingga
menenggelamkan hakikat persamaan risalah dan matlamat ditentang sama sekali.
Jika diperhatikan secara objektif, kebanyakan perselisihan
yang membawa kepada pertentangan dan perpecahan amat terkait dengan sikap
fanatik terhadap pendapat sendiri, lantas cuba memonopoli pemikiran dan tiada
kesediaan untuk menghormati pandangan orang lain. Penyakit yang disebut juga
sebagai ‘al-‘ijab bi al-ra‘yi’ atau penyakit mengkagumi pendapat sendiri ini
bagaikan wabak merbahaya yang sedang menjalar dalam urat saraf umat sehingga
mereka tidak lagi mewarisi sikap dan adab para pejuang dan pendokong Islam
terdahulu.
Sila buat update jgn biarkan blog yg baik n cantik ini bersawang..
ReplyDelete-madam fathihin-